“Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor
Oleh : Abu Aslah Al-Qudsi
Hulu Selangor | Jabatan Amal Malaysia Kawasan Hulu Selangor telah menerima perkhabaran sebuah rumah di Kalumpang dihempap sebatang pokok besar yang dimaklumkan berusia 100 tahun akibat ribut melanda baru-baru ini.
Menurut Komandan Amal Hulu Selangor Tuan Amaluddin yang datang ke lokasi kejadian memaklumkan, selepas berbincang lebih lanjut bersama Tuan Rumah En Azzam beliau memaklumkan ada seorang nenek yg agak uzur berusia 80 tahun yang berada dalam rumah itu ketika pokok itu menghempap rumah tersebut. Kuasa Allah yang Maha Besar sedikit luka mahupun kecederaan tidak terkena pada nenek tu.
“Amal Hulu Selangor bersama Pertubuhan Kebajikan Ilmu & Amal Selangor – Geng Talaqqi menyampaikan sedikit bekalan makanan keperluan asas dapur dan sumbangan kutipan yang telah dilancarkan. InshaAllah cukup sasaran yg telah terkumpul sekali lagi kami akan hadir untuk menghulurkan keseluruhannya sumbangan itu” ujar beliau lagi.
Jabatan Amal Malaysia Hulu Selangor bersama Pertubuhan Kebajikan Ilmu & Amal Selangor – Geng Talaqqi sekali lagi bersama berganding bahu untuk meneruskan mengumpul dana sehingga capai sasaran dalam RM 30,000 untuk membantu keluarga tersebut.
Sumbangan boleh terus disalurkan seperti butiran berikut :
Bank : Maybank
Akaun : JABATAN AMAL HULU SELANGOR
No Akaun : 562991015551
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor