Home Berita PAS Terengganu

Urus Keluarga Sendirian Tidak Halang Aktif Tabur Bakti

5
SHARE

KUALA TERENGGANU – Walaupun ditakdirkan mengurus keluarga sendirian setelah kematian isteri tercinta tidak menghalang untuknya bergerak aktif menabur bakti kepada masyarakat.

Abu Bakar Ali, 76 tidak asing dalam DUN Wakaf Mempelam dan sinonim dengan pangilan ‘Yohsu Dek’ telah berpisah mati dengan isteri tercinta Melah Rani yang juga aktivis parti sudah enam tahun berlalu.

Ahli Jawatankuasa PAS Terengganu, Azizah Mahmood menceritakan saat anak bongsunya masih lagi di menara gading beliaulah ibu ayah pada anak² initugasan rumahtangga dan tugasan parti di galas penuh seiring, penuh teliti.

“Hebatnya Ayohsu Dek kerana ketegasan yang digeruni di peringkat cawangan Merbau Patah dari ketua cawangan, ketua UDM , Pengerusi JSR, Pengerusi MPKK, Pengerusi PASTI, dia bergerak memberi khidmat tanpa jemu mahupun lelah,

“Anugerah Keluarga Tunggal Mithali adalah satu anugerah selayaknya buat nama ini, sosok tubuh kecil namun tangkas di persada persilatan,tempiknya menjadi igauan anak murid, tegasnya mendidik,” ceritanya lagi.

Abu Bakar menerima anugerah tersebut di Majlis Sambutan Ma’al Hijrah yang diadakan di Dewan Besar Wisma Darul Iman di sini semalam.

Sambung Azizah lagi, beliau seorang pemurah dan tidak berkira untuk menghulurkan bukan sahaja wang ringgit tetapi juga idea dan tenaga.

“Apa yang ada di poket dihulur tanpa berkira, apa yang ada di kepala dibentang untuk di terjemah, apa yang di tubuh di curah menjadi keringat mengalir selaju aliran nafasnya yang tak pernah mengenal lelah mendidik anak anak,

“menjaga amanah jemaah hingga kudratnya kini berkurang namun semangatnya tak pernah luntur jauh sekali pudar dan tenggelam,” tambahnya lagi mengagumi Ayahsu Dek.

Katanya lagi, Ayah Su Dek memiliki 13 cahaya mata yang berjaya dalam karier masing-masing dan menjadi penyambung tugasan ayah mereka menjaga amanah parti.

“Tak kemana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi, beruntunglah Yohsu Dek, pewarisnya kini gah di depan matanya menyambung tugasannya menjaga parti, menjaga jemaah dari peringkat cawangan, negeri hingga ke Pusat,” jelasnya.