Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Bangi
Oleh : Umar Al-Hayawi
Bangi | Menurut kenyataan YDP PAS Kawasan Bangi Ustaz Shafie Ngah, “Masjid Sg. Ramal Luar adalah masjid yang mendapat kebenaran khusus daripada Jabatan Agama Islam Selangor untuk menguruskan jenazah orang Islam mangsa COVID-19. Tidak banyak masjid yang mendapat kebenaran yang sama”.
“Setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan Nazir Masjid, Tuan Hj Ahmad Khizbullah dan AJK Masjid Masjid Sg. Ramal Luar. Penghargaan khusus diberikan kepada Team Pengurusan Jenazah Masjid Sg. Ramal Luar atas keberanian mereka mengggalas amanah ummah ini” ujar beliau.
Memetik ulasan beliau lagi, “maklumat yang disampaikan, Masjid Sg. Ramal Luar ini sudah menguruskan seramai 13 jenazah mangsa covid sejak PKP 1.0 sehingga semalam. Jenazah-jenazah tersebut adalah dari kalangan ahli kariah masjid ini dan yang bukan ahli kariah. Yang bukan ahli kariah adalalah jenazah-jenazah mangsa covid daripada Hospital Kajang dan Hospital Serdang”.
“Sesungguhnya kematian akibat COVID-19 adalah berstatus syahid (rujuk fatwa MAIWP). Justeru berbahagialah team yang menguruskan jenazah ini, kerana kalian pasti mendapat bahagian saham kebaikan menguruskan jenazah-jenazah yang syahid berkenaan. Saham itu menambah saham ‘dua qiraat’ yang memang sudah sedia ada dijanjikan kepada setiap satu jenazah yang diuruskan, insyaAllah. Tahniah” akhir kata beliau.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor