Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kapar
Oleh : Umar Al-Hayawi
Kapar | Perbuatan keji penganiayaan Rejim Zionis kepada rakyat Palestin telah menjadi pencetus kebangkitan dan penyatuan umat Islam diseluruh dunia. Kebangkitan yang tiada tandingan ini boleh membuatkan Israel itu sendiri lari ketakutan.
Memetik kenyataan PAS Kawasan Kapar, “terima Kasih kepada semua ahli, penyokong, para dermawan dan khususnya rakyat Kapar. Jumlah terkini melebihi RM160 ribu dan sebahagian daripada sumbangan ini telah sampai di Bumi Gaza.
“Semoga setiap sumbangan yang diberikan akan mendapat ganjaran sebaiknya di sisi Allah. Kekalkan momentum kita untuk terus memberi sokongan kepada rakyat Palestin” sambung kenyataan tersebut.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor