Home Berita PAS Terengganu

Universiti sebagai medan pembentukan sahsiah diri

36
SHARE

Oleh/Foto : Fatimah Din/Media i-GenT

MARANG – Universiti  bukan sahaja berperanan sebagai pusat menuntut ilmu, tetapi menjadi tempat untuk anak-anak mendewasakan diri.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Manusia negeri,  lUstaz Ahmad Shah Muhamed berkata pembelajaran yang sempurna akan melahirkan manusia yang mempunyai nilai akhlak yang tinggi dan budi pekerti yang baik.

“Universiti ini istimewanya tempat tersebut anak-anak berada di alam baharu, dimana kita 100 peratus mengawal diri kita sendiri.

“Betulkan niat kita, ikhlaskan diri, carilah ilmu banyak-banyak dan, jangan hampakan harapan ibu bapa,” katanya ketika merasmikan majlis perasmian penutup program Lambaian Menara Gading LAMEGA yang diadakan di Darul Iman Traning Centre (DITC) di sini hari ini.

Beliau turut berpesan kepada 107 orang peserta yang terlibat agar turut mencari kawan-kawan yang baik, dan aktifkan juga diri dalam persatuan di universiti.

Program LAMEGA ini diadakan selama tiga hari dua malam, dengan pelbagai pengisian yang bermanfaat dan juga mengajar para peserta menjadi seorang yang berkepimpinan ketika berada di menara gading nanti dengan dikelolakan sepenuhnya oleh i-GenT (ikatan Generasi Anak Terengganu)..

Dalam masa yang sama beliau juga menasihatkan para peserta supaya tahu membuat  keputusan sendiri, termasuk pandai menilai yang mana baik dan buruk, serta dengan menjaga status sebagai orang Islam dan bangsa Melayu.