Home Berita PAS Terengganu

Unit Amal dan guru PASTI terima pek bantuan Prihatin PKP 3.0

141
SHARE

Oleh: Qatadah

KUALA NERUS, 20 Jun 2021 – Sejak PKP 3.0 dilaksanakan, lebih 70 petugas Jabatan Amal Malaysia Kawasan Kuala Nerus telah menerima pek Bantuan Prihatin 3.0 daripada Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Kuala Nerus.

Menurut Jabatan Amal Malaysia Kawasan Kuala Nerus, rata-rata petugas Unit Amal memberitahu telah kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan semenjak bermulanya PKP 3.0.

Ada juga kes yang jatuh sakit atau dikuarantin disebabkan pandemik Covid-19, malah terdapat juga ahli keluarga dimana tempat mereka bergantung hidup, telah meninggal dunia.

Dr Mohd Khairuddin, Ahli Parlimen Kuala Nerus berkata, bantuan ini diagihkan kepada mereka yang amat memerlukan kerana berada dalam keadaan kesusahan.

“Kita mengerti kesusahan yang dialami oleh Unit Amal kerana selama ini mereka banyak membantu Parti tanpa meminta apa-apa ganjaran.

“Sekurang-kurangnya, kita dapat membantu mereka dengan apa yang kita mampu dari segi barangan keperluan harian,”kata Dr. Khairuddin ketika dihubungi.

Dalam masa yang sama, 147 guru PASTI Kawasan Kuala Nerus juga telah menerima pek bantuan bagi membantu golongan tersebut kerana pusat asuhan masih lagi tidak dapat beroperasi.

Bagi individu yang ingin menyumbang boleh hubungi;-Dun Buluh Gading Ustaz Yusrizal +6013-9267731, Dun Tepoh En Yusof +6013-9287731, Dun Bukit Tunggal Ustaz Azzam +6019-9367731, Dun Seberang Takir En Azmi +6019-2937731.