Home Berita PAS Terengganu

Undi di enam negeri, isyarat kepada Putrajaya

7
SHARE

BESUT – Parti Islam Semalaysia (PAS) menyeru semua pengundi di enam negeri yang bakal menunaikan tanggungjawab, 12 Ogos ini supaya menzahirkan isyarat amaran kepada Putrajaya dengan memberikan undi kepada Perikatan Nasional (PN)/PAS.

Calon PAS yang bertanding bagi kerusi N02 DUN Kota Putera, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman menyifatkan, undi untuk Perikatan Nasional (PN) adalah lontaran suara rakyat terhadap kesombongan dan kerakusan kepimpinan kerajaan hari ini.

“Kita bukan setakat mengundi calon sahaja, kesan undi kita akan mencorakkan pemerintahan bukan setakat negeri Terengganu, tetapi kita menghantar satu signal kepada Persekutuan bahawa kita tidak bersetuju dengan pemerintahan sekarang.

“Asasnya adalah prinsip perjuangan, yang kita lihat adakah kita mahu mengekalkan pemimpin sebegini? Bercakap bohong, janji tidak ditepati? Itu asasnya,” katanya.

Menurutnya, setiap pengundi harus berfikiran jauh, bukan sekadar pada calon semata-mata, sebaliknya menilai misi dan ke mana sokongan serta dokongan calon dipilih yang akan dibuat.

Beliau mengajak seluruh pengundi, terutama di kerusi DUN Kota Putera supaya berfikir tentang perkara yang diutarakan.

“Bukan sekadar tentang Dato’Pehimi (calon BN) sahaja, tetapi masalahnya jika dia menang, dia akan memberikan sokongan kepada kepimpinan sedia ada yang kita tahu korup, melakukan pembohongan, ugutan dan melanggar peraturan sesuka hati.

“Adakah Dato’Pehimi seorang boleh mengubah Dato’ Seri Zahid (Hamidi)? Kena jentik sajalah.

“Saya rasa, lebih berbaloi kita (pengundi) bawa satu agenda lebih besar iaitu perpaduan ummah dan juga usaha menjatuhkan kepimpinan yang penipu itu,” katanya.