Home Berita PAS Pahang

Umno terdesak pindah pengundi pos ke Bera

2730
SHARE

Bera: UMNO dan BN dianggap begitu terdesak sehingga lebih 1,000 pengundi pos berada dalam senarai di kem yang masih dalam pembinaan di parlimen Bera.

Kehadiran pengundi baharu itu meningkatkan kira-kira 7 peratus pemilih bagi Dun Kemanyan.

Yang Dipertua PAS Bera, Ir Musaniff Abdul Rahman berkata, kehadiran pengundi pos memberi keuntungan besar kepada Umno dan BN.

Katanya, jumlah tentera yang disenarai di kem yang belum siap pembinaannya seramai 1,234 orang.

“Ini bermakna berlaku peningkatan mendadak kira-kira 7 peratus bagi Dun Kemanyan,” katanya selepas meninjau kem tersebut di sini.

Baru-baru ini Harakah mendedahkan terdapat lebih 1,200 pengundi pos disenaraikan di kem tentera yang masih dalam pembinaan. – HARAKAHDAILY 23/11/2017