Home Berita PAS Terengganu

Umno kini hanya jadi pengikut

116
SHARE

DUNGUN – Dulu Umno merupakan parti yang memimpin negara tetapi kini mereka hanya menjadi pengikut dalam pakatan Barisan Nasional dan Pakatan Harapan(BN-PH).

Yang Dipertua PAS Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli berkata sehinggakan mereka sanggup menyuruh penyokong Umno untuk mengundi DAP dalam Pilihan Raya Negeri ke 15(PRN15) nanti.

“Bila pemimpin DAP berkata parti BN, Umno lah yang paling korup, mereka(orang Umno) diam tidak berani untuk bersuara, inilah akibat daripada berebut suatu ketika dahulu hendak jadi pemimpin, tetapi kini hanya mampu jadi pengikut,” katanya.

Ustaz Wan Hassan berkata demikian ketika berucap merasmikan Markas Pilihan Raya PAS Unit Daerah Mengundi(UDM) Taman Permint Indah dalam DUN Rantau Abang di sini pada 10 Julai lalu.

Turut berucap Ketua Penerangan PAS Dungun, Naraza Muda, Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri(MTD) DUN itu, Cikgu Alias Harun dan Pengarah Pilihan Raya DUN, Wan Mazli Wan Dagang.

Sebelum itu, Ustaz Wan Mazli berkata menerusi tawaran PAS pada PRU14 iaitu kerajaan memperuntukkan RM300 kepada anak-anak muda mengambil lesen motosikal secara percuma telah berjaya dilaksanakan

“Senerio hari ini sokongan anak-anak muda kepada PAS sangat menggalakkan dan kita mengharapkan fenomena ini diteruskan sehingga pada 12 Julai ini dalam Pilihan Raya Umum ke 15 nanti,” ujarnya.