KUALA TERENGGANU – Allah mencipta tamadun dan bersatu padu menghadap kaabah dan mencium Hajaratul Aswad sebaliknya pemimpin negara masa kini menyembah batu hitam “blackrock” dan meminta-minta dengan yahudi.
Presiden PAS, Tan Sri Dato’ Seri Tuan Guru Haji Hadi Awang berkata, Malaysia kini ditadbir oleh pemimpin -pemimpin penipu dan tidak melaksanakan amanah.
“Islam diterima oleh semua masyarakat dan negeri yang dimasuki sebagai penyelamat, bukan penjajah, sehingga
memerintah wilayah paling luas dan masyarakat majmuk dalam sejarah manusia.
“Islam berjaya menyatukan umatnya dengan menghadap ke arah satu kiblat dan mengucup Hajar al-Aswad (batu hitam) di
Baitullah (rumah Allah) yang terletak di Makkah penuh keberkatan.
“Tiba-tiba, kini ada yang bergantung kepada BlackRock(Batu Hitam) dan menghadap kiblat White House (Rumah
Putih) yang sesat, bahkan meminta rezeki daripada Bank Dunia (World Bank) dan Tabung Kewangan Dunia (IMF),” jelasnya.
Justeru itu, semua jentera pilihan raya dan penerangan parti di semua peringkat diseru untuk berada dalam keadaan siap siaga pada tahap maksimum bagi menghadapi beberapa siri Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16).
“Pemuda dan Muslimat hendaklah
melahirkan lebih ramai ‘hero rakyat’ dan idola kepada anak muda, bagi memperjuangkan isu-isu rakyat serta
menjadi pempengaruh kepada anak muda yang semakin dinamik.
“Di sinilah perlumbaan sebenar bagi menghadapi PRU-16,” tambah beliau.
Oleh itu, tegas beliau pelapis kepimpinan hendaklah menjadikan ia satu agenda utama parti dan berikan ruang kepada mereka sebagai persiapan untuk memimpin parti serta negara pada masa akan datang.