Home Berita PAS Selangor

Ulasan terhadap video kritikan terhadap PAS – Setiausaha DUPN Selangor

59
SHARE

May be an image of one or more people, screen and phone

“Bingkisan Rida Di Bahu” | Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor

Oleh : Ustaz Muhammad Najhan Halim

Firman Allah swt, surah al Kahfi ayat 28,

وَٱصۡبِرۡ نَفۡسَكَ مَعَ ٱلَّذِینَ یَدۡعُونَ رَبَّهُم بِٱلۡغَدَوٰةِ وَٱلۡعَشِیِّ یُرِیدُونَ وَجۡهَهُۥۖ وَلَا تَعۡدُ عَیۡنَاكَ عَنۡهُمۡ تُرِیدُ زِینَةَ ٱلۡحَیَوٰةِ ٱلدُّنۡیَاۖ وَلَا تُطِعۡ مَنۡ أَغۡفَلۡنَا قَلۡبَهُۥ عَن ذِكۡرِنَا وَٱتَّبَعَ هَوَىٰهُ وَكَانَ أَمۡرُهُۥ فُرُطࣰا

“..Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran..”.

Telah sampai kepada saya oleh beberapa kenalan meminta saya mengulas tentang sejumlah video rakaman oleh pihak tertentu dengan ucapan yang lantang dan tidak kurang pula mencaci dengan perkataan yang amat buruk terhadap PAS.

Saya dengan hati yang yakin cuba berusaha sedaya upaya untuk menulis dan mengulas dengan lenggok serta gaya bahasa yang mudah difahami agar sampai mesej ulasan saya kepada kenalan saya. Katanya dia tak tahu bagaimana hendak menjawab seribu satu tuduhan dan kritikan betubi-tubi itu terhadap PAS, walau katanya dia faham situasi PAS dan setia dengan PAS. Dia berharap ulasan saya akan digunakan untuk menjadi jawapan dan mesej kepada para pengkritik tersebut.

Video berkenan terdapat rakaman penuh dengan ucapan dan kata-kata mengkritik PAS dengan dituduh kononnya PAS berdiam dalam situasi sekarang. Iaitu situasi rakyat dan negara sekarang serta termasuklah isu perjuangan Islam.

Pelbagai tuduhan dan kritikan ini menandakan maknanya mereka yang mengkritik dan mengutuk itu sememangnya mengharapkan PAS. Sebahagian mereka memang tahu kemampuan dan akur dengan keupayaan PAS.

Malangnya, di sebalik itu sebahagian mereka pula bukannya menyokong PAS agar PAS memiliki kekuatan suara dalam kerajaan.
Sedangkan itulah sistemnya, sistem demokrasi yang memerlukan bilangan suara dalam kerajaan dan parlimen.

Keinginan Politik (Political Will) Dan Kesedaran Agama (Religious Will) dalam konteks ini tidak mencukupi kalau hanya ada Keinginan dan melainkan dengan sokongan padu dan kuat menerusi bilangan suara dalam kerajaan dan parlimen agar apa yang dikritik dan tuntutan yang diminta melalui PAS berjaya ditunaikan.

Namun, PAS tetap meraikan semua kritikan, kerana itulah amalan demokrasi iaitu kebebasan bersuara, akan tetapi hakikatnya sebahagian kritikan ini bukannya kritikan membina, ia hanya kritikan bersifat kutukan untuk menjatuhkan PAS.

PAS dah biasa semua ini, bukan hanya kritikan bersifat kutukan berniat untuk menjatuhkan PAS malah usaha hendak diharamkan dan dilenyapkan PAS pun pernah dialami PAS.

Insya-Allah PAS akan terus berjuang, walau tidak difahami langkah PAS.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor