Home Rencana PAS Pahang

ULASAN | Takut ke majlis antarabangsa kerana berbahasa Inggeris?

178
SHARE

Oleh: ZULHILMI ABU BAKAR

Beberapa pemimpin politik pembangkang menyangkakan Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man tidak akan hadir ke Persidangan Ke-26 Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCCC COP-26) kerana dikatakan takut untuk berbahasa Inggeris.

Namun ternyata beliau hadir dan berjaya menyampaikan ucapannya berbahasa Melayu dengan penuh kenyakinan.

Mengulas berkenan isu berbahasa Melayu ini, Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim menulis melalui Twitter beliau, “tahniah kepada Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA) Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man yang berucap dalam bahasa Melayu pada persidangan antarabangsa di Scotland.”

Sehubungan dengan itu, Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Profesor Datuk Seri Dr Awang Sariyan turut mengulas berkenaan isu ini dengan berkata, “amalan tersebut sewajarnya turut dilaksanakan oleh pemimpin negara yang lain, disamping menyifatkan bahawa ianya telah membuka lembaran baharu bahasa Melayu di pentas antarabangsa.”

Menurut beliau lagi, “amalan pemimpin negara berucap menggunakan bahasa negara masing-masing sudah lama dilakukan oleh pemimpin negara lain antaranya seperti Republik Rakyat China, Jerman, Rusia, Perancis dan Indonesia.”

Rata-rata netizen di media sosial menyifatkan tindakan itu suatu teladan yang membanggakan dan hebat.

Biar pun masih ada segelintir masyarakat kita yang memandang rendah dengan berbahasa melayu, namun sikap sedemikian wajar dicontohi oleh kita. Kemajuan sesebuah negara tidak bermakna kena mengenepikan jati diri bangsa, sebaliknya membangunkan jiwa bangsa malah meningkatkan nilai patrotisma, seterusnya memacu kemajuan negara ke arah acuan kita sendiri.

========================