Home Artikel PAS Terengganu

Ulasan Awal

134 views
SHARE

Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas baru sahaja dibentangkan oleh PM di Parlimen. Pelbagai tawaran menarik menepati sebahagian manifesto PH ditawarkan kepada rakyat.

Saya mengalu-alukan reformasi tadbir urus ke arah integriti dan ketelusan yang lebih baik dan usaha memperkukuh federalisma dengan janji tidak meminggirkan negeri seperti Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak. Janji-janji ini menuntut pelaksanaan dan rakyat bakal menjadi pemerhatinya.

Malangnya tiada langsung sentuhan melibatkan pemerkasaan Islam, pemerkasaan sistem nilai dan akhlak, pembangunan sahsiah dan moral. Perancangan duniawi yang meninggalkan ukhrawi. Perancangan pembangunan fizikal yang meminggirkan pembangunan spiritual. Segala perancangan yang baik ini bakal diterajui oleh insan yang perlu dibina sistem nilai dan akhlak mereka. Tanpa pembangunan spiritual berasaskan prinsip agama khususnya Islam sebagai agama negara dan juga tanpa asas akhlak segala perancangan yang baik tidak akan tercapai semaksimanya.

Dr Khairuddin Takiri
Khamis 18.10.2018