Home Rencana PAS Selangor

Ulasan apek Cina: Wajibkan sekolah satu aliran – DPPK Shah Alam

378
SHARE

May be an image of ‎1 person and ‎text that says "‎Dewan Pemuda PAS SHAH LAM FAKTA ULASAN APEK CINA "RAMAI KAWAN BERBANGSA TIONGHWA BERTANYA, KENAPA SAYA MEMIHAK SANGAT KEPADA KAUM MELAYU YANG INGIN TUTUP SEKOLAH CINA, YANG LAKUKAN KE-TIDAKADIL- AN TERHADAP MINORITI ?" #MEMIMPIN NE ARA نفم Pemuda PAS Shah Alam‎"‎‎

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam

Ramai kawan berbangsa Tionghwa bertanya, kenapa saya memihak sangat kepada kaum Melayu yang ingin tutup sekolah Cina, yang lakukan ke-tidakadil-an terhadap minoriti ?

Jawapan saya adalah sebegini:

Andaikata, ( contoh sahaja , jangan ada orang kaum saya Bodoh Sampai ambil contoh sebagai fakta 100% untuk perbandingan ya)

“30-40 tahun lalu, banyak warga asing, contohnya, Bangladesh datang ke Malaysia dengan visa pekerjaan. Sekarang terdapat 2 juta populasi termasuk generasi kedua.

Mereka ada kedai, ada yang jadi buruh, ada yang jadi profesional dan pelbagainya.

Sekarang mereka meminta Kerajaan Malaysia untuk subsidi sekolah vernakular Bangladesh, mereka nak parti politik Bangladesh, nak menteri Bangladesh, nak hak untuk mengundi, nak macam-macam lagi.

Kamu nak bagi hak itu kepada diaorang ke tak ? “

Selalunya, jawapan daripada kawan-kawan saya adalah “ TIDAK “ . Maka respond saya adalah :

Kami Tiong Hwa di Malaysia adalah contoh Bangladesh di atas dimana kami sendiri tidak mahu memberikan hak kepada mereka, manakala orang Melayu sanggup memberikan hak-hak tersebut kepada kami sewaktu kemerdekaan.

Ada juga yang khuathir, kata kalau bukan sebegitu, British takkan bagi kemerdekaan kepada kita.

Saya ingin membuat perbandingan dengan negara yang mendapat kemerdekaan sebaya dengan kita. Indonesia kerap melakukan penindasan terhadap kaum Tiong Hwa setelah keMerdekaan pada 1945.

India-Pakistan, walaupun India – Muslim adalah penduduk watan, mereka juga berlaku pendarahan dalam pembahagian India-Pakistan pada 1947.

Disebabkan komunisma, kerajaan British juga ingin menghantar kaum Tiong Hwa Balik ke China pada 1948-1957.

Jangan kita tidak baca sejarah dan sosiologi sedunia dan mengganggap diri sebagai panduan terunggul.

Kalaulah orang Melayu bersikap macam kami orang Tiong Hwa, kami sudah dihantar balik ke republik rakyat China dan tiadanya PRU untuk memilih kerajaan sendiri seperti di Malaysia.

Kenapa orang Melayu sekarang sering je kata nak tutup sekolah Vernakular ? Sebab kami kerap nak yang lebih, contohnya pengiktirafan UEC, bina lebih sekolah Cina. Kami juga enggan belajar dan berucap dalam bahasa kebangsaan kita, dan kerap melakukan perbuatan perkauman seperti menindas pekerja berbangsa Melayu dan enggan menyewa rumah kepada mereka berbangsa India.

Saya dah buat pengiraan, terdapat 1298 buah SRJK C di Malaysia dan agak-agak 39,000 guru. Kalau gaji setiap guru adalah RM 5000, gaji sahaja kerajaan keluarkan RM 195 Juta sebulan, dan 117.5 Juta setahun, tidak termasuk peruntukkan khas lain lagi.

Pergi check satu dunia, tiada sebuah negara keluarkan duit sebanyak ni untuk sekolah Cina, termasuk Singapura yang majoritinya Cina.

Tiada negara yang ada ahli politik Cina sebanyak Malaysia dari Ahli Majlis hingga ke Menteri.

Top 10 terkaya malaysia 8 Cina.

Saya pasti akan dilabelkan sebagai pengkhianat. Tapi lebih baik saya dilabelkan sebagai Malaysia sejati daripada dilabelkan “ pengkhianat “ oleh mereka yang hatinya lebih cenderung untuk mengaku republik rakyat China sebagai negara mereka.

Kredit : Apek Cina

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor