Home Berita PAS Perlis

Ulamak PAS Perlis Santuni Jemaah Tabligh

1043
SHARE

PADANG BESAR: Bagi mengeratkan lagi hubungan yang terjalin antara ulamak dan jemaah Tabligh, Dewan Ulamak PAS Perlis telah mengambil inisiatif mengadakan kunjungan ke Madrasah Miftahul Hidayah, Beseri, Perlis pada 2 Jun yang lepas.

DUPNPs diwakili Ustaz Azamhari bin Mahamood yang juga Ketua Penerangan DUPNPs.

Menurut Ustaz Azamhari, program berbentuk ziarah ini amat wajar diadakan kerana menepati Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) yang menjadi amalan PAS pada hari ini.

Ujarnya lagi, meskipun berada dalam jemaah yang berbeza, pertemuan berlangsung dalam suasana penuh mahabbah dan harmoni.

Pihak Madrasah Miftahul Hidayah pula menyambut baik kunjungan tersebut dan berharap agar hubungan yang terjalin ini akan terus berkekalan demi manfaat ummah dan agama.

Pada kesempatan ini juga, DUPNPs turut menyampaikan sumbangan kurma pihak madrasah untuk juadah berbuka puasa kepada para pelajar madrasah tersebut.

 {jathumbnail off}