Home Berita PAS Sabah

Ukhuwah Islamiah asas pembentukan ummah

49
SHARE

Oleh : Nur Marlyannah Umar
6 Mei 2024

LAHAD DATU : Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Muslimat PAS Kawasan Lahad Datu (DMPKLD) kali ke-6 telah berlangsung dengan tema ‘Ukhuwah Islamiyah Asas Pembentukan Ummah’, di sini semalam.

Ketuanya Syahidah Mokhtar berkata, apabila ada kasih sayang dalam berukhuwah, hilanglah perasaan buruk sangka sesama sahabat dan mengelak perpecahan dalam jemaah yang akan menguntungkan pihak musuh.

Beliau turut berpesan kepada ahli agar berlapang dada dengan kelemahan sahabat serta berhati-hati dalam menjaga sangkaan.

“Bersifat lembutlah dengan sahabat dan menjadikan ziarah rumah sahabat sebagai amalan,” ujarnya semasa Ucaptama Ketua Muslimat.

Majlis perasmian mesyuarat tersebut telah disempurnakan oleh Yang Dipertua PAS kawasan, Ramli Pataruddin.

Turut hadir Ketua Dewan Ulama PAS Kawasan Lahad Datu, Zaki Ibrahim dan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Lahad Datu, Landari Labobo.

Majlis memberikan penghargaan kepada empat orang ahli yang telah menghabiskan pengajian di Akademik Pengajian Saidatina Aisyah (APSA) iaitu Nurmia Habba, Maimunah Mahmud, Jumrah Djamali dan Suzanna Abd Rashid.

Majlis turut menobatkan Anugerah Biro Terbaik kepada Biro Penerangan dan Media Baharu.

Seramai 60 orang perwakilan dan pemerhati mewakili Ameerah, Nusaibah serta tiga Jawatankuasa Muslimat Cawangan iaitu Aman Jaya, Pekan dan Mostyn hadir dalam mesyuarat tersebut.