Home Berita PAS Selangor

Ujian ibu tunggal penghidap kanser – PAS Kawasan Kapar

50
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kapar

Oleh : Umar Al-Hayawi

KAPAR, 2 Oktober – Seorang Ibu Tunggal bernama Puan Zaleha atau lebih mesra dipanggil ‘Kak Leha’. Beliau mempunyai tujuh cahaya mata dan akan menjalani kimo kali ke-6.

“Beliau seorang yang tenang dan kuat. Suka berdikari dan tidak suka bergantung kepada orang lain”.

Petang semalam, YDP PAS Kawasan Kapar Ust Noor Najhan Mohamad Salleh juga selaku Pengerusi Lembaga SRII AR Razi telah hadir ke rumah ‘Kak Leha’ di Meru.

Turut hadir bersama termasuk saudara Kahar Muzakir dan Hj Marzuki bagi mewakili Warga Ar Razi Meru. Mereka turun bertanya khabar serta menyampaikan sedikit sumbangan kepada ‘Kak Leha’

“Semoga ‘Kak Leha’ diberikan kekuatan dan kesembuhan oleh Allah Yang Maha Pengasih”, kata Ust Noor Najhan.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor