Home Kenyataan Media PAS Pahang

Ucapan terima kasih dari PJ PAS Pahang

73 views
SHARE

UCAPAN TERIMA KASIH DAN TAHNIAH KEPADA SELURUH PETUGAS PAS PAHANG PRK SERI SETIA.

Saya rakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan tahniah kepada seluruh petugas-petugas PAS Pahang yang bertungkus lumus bekerja sepanjang PRK Seri Setia dari awal sehinggalah kehari mengundi semalam.

Kesungguhan dan kegigihan muslimin dan muslimat dalam melaksanakan tanggungjawap sebagai amilin PAS dan sanggup meninggalkan urusan kerja serta keluarga dan pengorbanan wang ringgit dalam membantu perjuangan ini mudah2an ianya menjadi amal soleh dan cahaya yang menerangi diAkhirat kelak.

InsyaAllah, kita akan meneruskan perjuangan Islam ini dan Istiqamah sehingga keakhir hayat. Allah swt tetap akan bersama dengan kebenaran dan bersabarlah diatas jalan kebenaran serta bersama dengan mereka yang benar, Firman Allah swt didalam surah Al Kahfi ayat 28 :

وَاصْبِرْ نَفْسَكَ مَعَ الَّذِينَ يَدْعُونَ رَبَّهُمْ بِالْغَدَاةِ وَالْعَشِيِّ يُرِيدُونَ وَجْهَهُ ۖ وَلَا تَعْدُ عَيْنَاكَ عَنْهُمْ تُرِيدُ زِينَةَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۖ وَلَا تُطِعْ مَنْ أَغْفَلْنَا قَلْبَهُ عَنْ ذِكْرِنَا وَاتَّبَعَ هَوَاهُ وَكَانَ أَمْرُهُ فُرُطًا

Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keridhaan-Nya; dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (karena) mengharapkan perhiasan dunia ini; dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas.

Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua yang telah berjaya laksanakan amanah yang diberikan dan semoga juga kita perolehi redhaNya. Ameen Ya Rabb.

YB UST ROSLI ABDUL JABAR
PESURUHJAYA PAS PAHANG
ADUN TANJUNG LUMPUR