Home Kenyataan Media PAS Johor

Ucapan Takziah Kepada Pusat Tahfiz Darul Qur’an Ittifaqiyah

1463
SHARE

Lajnah Pendidikan Badan Perhubungan PAS Negeri Johor ingin melahirkan rasa dukacita dan ingin merakamkan salam takziah  kepada pihak  Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah serta guru-guru,juga mangsa kebakaran dan ahli keluarga mangsa.Berita tragedi kebakaran yang mengorbankan 24 mangsa dan 5 orang lagi yang masih kritikal sungguh menyayat hati warga pendidik di seluruh Malaysia.

 Berita kebakaran yang berlaku ini di  pusat tahfiz pada awal pagi ini telah meruntun  jiwa rakyat seantero Malaysia dan rasa sedih di hati kami.

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيۡهِ رَٲجِعُونَ…

“Dari Allah kita datang dan kepadaNya kita dikembalikan”.

Semoga warga Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah serta keluarga mangsa redha atas qada’ dan qadar serta sabar dan tabah dengan takdir yang telah ditentukan oleh ALLAH SWT. Pasti ada hikmah yang tersembunyi di sebalik ujian yang berlaku ini untuk menguji kesabaran kita sebagai hambaNYA. Kami  juga berharap musibah yang berlaku ini tidak dijadikan alasan untuk mana-mana pihak memuat naik gambar anak-anak tahfiz yang meninggal dalam keadaan yang menyedihkan bagi menghormati perasaan dan kesedihan keluarga mangsa.

Di harap juga tragedi yang berlaku tidak dijadikan medan untuk menyalahkan mana-mana pihak sebaliknya semua perlu memainkan peranan untuk membantu membuat penambahbaikan dalam usaha memartabatkan institusi tahfiz di Malaysia. Kami  mendoakan semoga roh kesemua mangsa dicucuri rahmat serta ditempatkan di kalangan insan yang beriman. Buat mangsa yang mengalami kecederaan  dan berada dalam keadaan kritikal, kami sentiasa  mendoakan semoga Allah SWT mengurniakan  kesembuhan  yang baik agar dapat meneruskan pengajian seperti sedia kala.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُم وَارْحَمْهُم وَعَافِهِم وَاعْفُ عَنْهُم، وَأَكْرِمْ نُزُلَهُم، وَوَسِّعْ مَدْخَلَهُم، وَاغْسِلْهُم بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِم مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ اْلأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُم دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِم، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِم، وَازواجًا خَيْرًا مِنْ ازواجِهِم، وَأَدْخِلْهُم الْجَنَّةَ، وَأَعِذْهُم مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَعَذَابِ النَّارِ.

Salam takziah dari kami.Semoga tabah menempuh dugaan .

Saat menghadapi musibah, doa merupakan senjata utama seorang hamba. Melalui doa, seorang hamba berpasrah diri kepada Allah, bersimpuh di hadapan-Nya dan mengharapkan pertolongan-Nya semata. Salah satu doa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW saat tertimpa musibah adalah doa berikut ini:

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ اللهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي، وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا

“Kita milik Allah semata dan sesungguhnya hanya kepada-Nya semata kita kembali. (QS. Al-Baqarah [2]: 156).

“Ya Allah berilah aku pahala dalam musibah yang menimpaku, dan berilah aku ganti yang lebih baik daripada musibah yang telah menimpa.” (HR. Muslim, no, 918)”

Berdoalah kepada mangsa kebakaran sebagaimana yang diajarkan:

عَظَّم الله أجرك ، وأحسن عزاءك ، وغفر لميتك ، وألهمك صبراً ، وأجزل لنا ولك بالصبر أجرا

“Semoga Allah memberikan pahala besar untukmu, menguatkan ketabahanmu, mengampuni orang yang meninggalkanmu, mengilhamkan kepadamu kesabaran dan mencurahkan pahala kepada kami dan engkau dengan sebab kesabaran.”

Begitu juga sebagaimana sabda Nabi SAW, “Barangsiapa yang melihat orang lain ditimpa musibah/bala, bacalah

 الحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي عَافَانِي مِمَّا ابْتَلَاكَ بِهِ، وَفَضَّلَنِي عَلَى كَثِيرٍ مِمَّنْ خَلَقَ تَفْضِيلًا

Maksudnya: “Segala puji bagi Allah yang telah menyelamatkan aku dari musibah yang menimpamu dan memuliakanku dari makhluk lainnya dengan sebenar-benar kemuliaan.”

Maka tidak akan ditimba musibah ini.”

(Riwayat al-Tirmizi, no. 3432. Beliau menyatakan hadis ini hukumnya hasan gharib pada jalan ini)

Kami mendoakan semoga keluarga mangsa kebakaran tabah dan bersabar atas musibah yang menimpa dan semoga mangsa-mangsa kebakaran termasuk dalam golongan syuhada’ sebagaimana hadis Nabi SAW:

الشَّهَادَةُ سَبْعٌ سِوَى الْقَتْلِ فِى سَبِيلِ اللَّهِ الْمَطْعُونُ شَهِيدٌ وَالْغَرِقُ شَهِيدٌ و

َصَاحِبُ ذَاتِ الْجَنْبِ شَهِيدٌ وَالْمَبْطُونُ شَهِيدٌ وَصَاحِبُ الْحَرِيقِ شَهِيدٌ وَالَّذِى يَمُوتُ تَحْتَ الْهَدْمِ شَهِيدٌ وَالْمَرْأَةُ تَمُوتُ بِجُمْعٍ شَهِيدٌ

Maksudnya: “Orang-orang yang mati syahid yang selain terbunuh di jalan Allah 7 orang, iaitu korban wabak adalah syahid; mati tenggelam (ketika melakukan safar dalam rangka ketaatan) adalah syahid; yang punya luka pada lambung lalu mati, matinya adalah syahid; mati kerana penyakit perut adalah syahid; korban kebakaran adalah syahid; yang mati tertimpa runtuhan adalah syahid; dan seorang wanita yang meninggal ketika melahirkan anak adalah syahid.” (HR. Abu Daud, no. 3111.)

Para dermawan digesa agar menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban kepada pihak pengurusan tahfiz dan keluarga mangsa yang terlibat.

Sekian terima kasih.

Ingatan tulus:

Pn.Normala Binti Sudirman

Pengerusi Lajnah Pendidikan Badan Perhubungan PAS Negeri Johor sesi 2017/2019.

 14 September 2017