Home Kenyataan Media Presiden PAS

Ucapan Takziah Kepada Keluarga Zulkifli Nurdin

862 views
SHARE

Mendapat berita dukacita pemergian Zulkifli Nurdin, Mantan Gabenor Jambi, Indonesia ke rahmatullah.

Saya mengimbau kenangan lama, pernah berkunjung ke pejabatnya sewaktu menjadi Menteri Besar Terengganu dan ketika itu Almarhum sebagai Gabenor Jambi.

Saya mengucapkan takziah kepada keluarga Almarhum, bersabar dan tabah di atas ujian ini. Marilah kita mendoakan semoga Allah menempatkannya bersama para nabi dan golongan soleh serta mendapat rahmat dan keampunan dari-Nya.

Al-Fatihah.

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 23 Rabiul Awwal 1440 / 1 Disember 2018