Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
Oleh : Dewan Pemuda PAS Kawasan Hulu Selangor
Sabda Rasullulah SAW,
لا إيمان لمن لا أمانة له، ولا دين لمن لا عهد له
Tidak sempurna iman bagi orang yang tidak amanah dan tiada agama bagi orang yang tidak berpegang dengan janji”. (HR Imam Ahmad daripada Anas bin Malik RA)
Saf pimpinan Dewan Pemuda PAS Kawasan Hulu Selangor mengucapkan Tahniah Al-Fadil Ust Syeikh Mujahid kerana telah terpilih memegang amanah selaku Naib Ketua Pemuda PAS Negeri Selangor.
Beliau juga merupakan Mantan Timbalan Ketua Pemuda PAS Kawasan Hulu Selangor. Seorang yang berperibadi mulia dan mengenali beliau semenjak berkhidmat di dalam kepimpinan Pemuda Hulu Selangor, seorang yang tinggi akhlak dan ilmunya tentang agama.
Dewan Pemuda PAS Kawasan Hulu Selangor berdoa agar pelantikan ini dapat sokongan dan dokongan dari anak-anak muda serta mampu memimpin Negara dengan Islam.
“Demi Islam Sedia Berjuang”
Siiru ‘Ala barakatillah
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor