Home Berita PAS Perlis

Ucapan Tahniah Buat Graduan DPAK Negeri Perlis

875
SHARE

Oleh: Muhammad Hadi

KANGAR : PASTI Negeri Perlis merakamkan ucapan tahniah kepada kesemua 16 orang guru PASTI dari negeri ini yang telah dianugerahkan Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak pada Majlis Konvokesyen Perguruan PASTI Malaysia Kali ke-11 yang berakhir semalam.

Mereka merupakan kumpulan kedua yang berjaya menyempurnakan pengajian di peringkat berkenaan selepas kumpulan pertama seramai enam orang tahun lalu.

Menurut pengarahnya Ustaz Asrul Aimran Abd Jalil, kejayaan berkenaan turut dikongsi bersama PASTI Negeri Perlis kerana mereka (para graduan) merupakan aset yang paling bernilai yang akan membantu meningkatkan lagi mutu pendidikan PASTI di negeri itu.

Jelasnya lagi, PASTI Negeri Perlis begitu bertuah kerana memiliki pasukan guru yang begitu komited dalam melaksanakan tugas-tugas mendidik serta sentiasa berusaha meningkatkan ilmu serta kemahiran diri menerusi aktiviti pembelajaran berterusan.

“Kita juga berharap, kejayaan ini menjadi pembakar semangat dan motivasi kepada para guru untuk terus menyumbang tenaga buat ummah dalam melahirkan generasi Al Quran di samping meningkatkan kecemerlangan PASTI ke arah merealisasikan hasrat menjadikan PASTI pilihan nombor satu masyarakat di negara kita,” katanya ketika dihubungi.