Home Rencana PAS Selangor

Ucapan tahniah atas pelantikan Perdana Menteri ke-19 – YDP PAS Kawasan Hulu Langat

159
SHARE

May be an image of 2 people and text that says "PEESU O ಮೋಿಜ್ಯಾಂವ পলতর KENYATAAN RASMI PKHL PAS HULU LANGAT RAKAM TAHNIAH PELANTIKAN PERDANA MENTERI KE MUHAMMAD JAN SULONG Yang Di Pertua PAS Kawasan Hulu Langat 12 Muharram 1443 21 Ogos 2021"

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Hulu Langat

Oleh : Muhammad Jan Sulong
YDP PAS Kawasan Hulu Langat

KENYATAAN RASMI
PAS KAWASAN HULU LANGAT

PAS HULU LANGAT RAKAM UCAPAN TAHNIAH ATAS PELANTIKAN PERDANA MENTERI KE-9

Parti Islam Se-Malaysia PAS Kawasan Hulu Langat (PKHL) menyambut baik keputusan muafakat semua Ahli Parlimen dari Perikatan Nasional, Barisan Nasional dan Gabungan Parti Sarawak yang terbentuk sehingga diperkenan Tuanku Duli Yang Di Pertuan Agong atas pelantikan YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob sebagai Perdana Menteri ke-9.

Mewakili seluruh jentera PAS Kawasan Hulu Langat, kami mengucapkan setinggi tahniah kepada YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri ke-9 dan mendoakan agar sentiasa diberikan petunjuk, kekuatan dan kesihatan bagi melaksanakan tanggungjawab sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Sehubungan dengan itu, PAS Kawasan Hulu Langat menyeru dan mengajak semua pemimpin masyarakat dan rakyat terutama di Parlimen Hulu Langat ini untuk terus bersatu bagi membantu Kerajaan menangani pandemik Covid-19 dan memulihkan ekonomi seterusnya memperkukuh perpaduan Ummah.

“ISLAM MEMPERKUKUH PERPADUAN”

12 Muharram 1443 | 21 Ogos 2021

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor