Home Artikel PAS Selangor

Ucapan selamat menyambut hari guru – PASTI Negeri Selangor

8
SHARE

May be an image of 8 people, headscarf and text that says "SELAMAT HARI LGURU GURU Berguru Demi llmu, Bina Generasi Baharu YKG #Youth4Green PASTI Negeri Selangor www.pastiselangor.com"

“PASTI D’Hati” | Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Selangor

Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik kursusnya muallimah- mualimah PASTI.

مَنْ عَلَّمَ عِلْمًا فَلَهُ أَجْرُ مَنْ عَمِلَ بِهِ لَا يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ العَامِلِ

Maksudnya: “Barangsiapa yang mengajarkan sesuatu ilmu maka dia akan mendapat pahala orang yang mengamalkannya tanpa mengurangi pahala orang yang mengamalkannya sedikitpun”. [Riwayat Ibn Majah, no. Hadith 236]

Semoga muallimah Pasti terus istiqomah mendidik anak bangsa dengan daya juang yang tinggi bagi melahirkan generasi yang cemerlang dunia dan akhirat.

Muallimah- muallimah PASTI sangat berperanan membina kekuatan yang ada pada seseorang anak didiknya melalui;

1. Kekuatan jasmani yang sihat cergas ,
2. Kekuatan emosi yang cintakan kebaikan dan bencikan maksiat,
3. Kekuatan akal pemikiran yang kreatif ,kritis dan berdaya saing
4. Kekuatan ruhiyyah yang kukuh akidahnya sekaligus
merangsang untuk beribadah secara menyeluruh dan sempurna.

Sekaligus akan melahirkan kekuatan untuk berjamaah atau bermasyarakat yang bermatlamatkan memperkasa Islam , bangsa , dan negara majmuk berteraskan perlembagaan persekutuan.

Terima kasih muallimah guru-guru PASTI seluruh Malaysia kerana kamu adalah arkitek pembina insan anak bangsa tercinta.

“Berguru Demi Ilmu , Membina Generasi Baharu”
PASTI Selangor

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor