Oleh : Dato’ Dr. Ahmad Yunus Hairi
Pesuruhjaya PAS Selangor
Guru adalah insan yang sangat dimuliakan di dalam Islam dan diberi kedudukan tinggi sesuai dengan peranannya yang memberi kesan kepada masa hadapan murid serta umat keseluruhannya.
Rasulullah SAW adalah guru terbaik kepada umat manusia sebagaimana dijeslaskan dalam hadis bahawa Baginda diutuskan untuk mengajar kesempurnaan akhlak kepada manusia.
“Sesungguhnya Allah dan seluruh malaikat-Nya serta penghuni langit dan bumi, memohon kerahmatan ke atas orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia”
(Hadis Riwayat At-Tirmizi)
Oleh itu jasa guru-guru ini tidak sekadar dikenang semasa sambutan Hari Guru sahaja bahkan ia patut dihargai sepanjang masa.
“SELAMAT HARI GURU”
“BERGURU DEMI ILMU, MEMBINA GENERASI BAHARU”
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor