Home Rencana PAS Selangor

Ucapan penghargaan buat JAM dan Jabatan PASTI kawasan – KP DPPK Petaling Jaya

12
SHARE

May be an image of 3 people and people standing

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Muhamad Hakimi Hussain
Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Kawasan Petaling Jaya

Bismillah Walhamdulillah,
Segala puji bagi Allah SWT dan selawat serta salam buat junjungan Nabi Muhammad SAW.

Pertamanya, saya mewakili Dewan Pemuda PAS Kawasan (DPPK) Petaling Jaya menzahirkan rasa gembira dan bersyukur di atas penganugerahan yang diberikan oleh Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor (JAMNS) kepada Jabatan Amal Malaysia Kawasan Petaling Jaya (JAMK PJ) bagi mengiktiraf kesungguhan ahli-ahli JAMK PJ membantu mangsa-mangsa terjejas akibat pandemik Covid-19.

Terima kasih dan tahniah juga buat Komander Amal PJ sesi lepas, Ustaz Zulkifli di atas kejayaan beliau membimbing dan meneraju JAMK PJ hingga ke tahap ini. Semoga Allah merahmati beliau.

Kedua, tahniah juga buat Jabatan PASTI Kawasan Petaling Jaya di atas perlantikan Saudara Ikmal Ahmad selaku Pengerusi PASTI Kawasan yang baharu bagi menggantikan Ustaz Khairul Hisyam Othman yang melepaskan jawatan tersebut selepas berakhirnya sesi pentadbiran DPPK PJ bagi tahun 2019-2021.

Jutaan terima kasih buat Ustaz Khairul di atas komitmen beliau mengurus dan mentadbir Jabatan PASTI Kawasan Petaling Jaya dengan baik dan tersusun. Semoga Allah juga merahmati beliau.

Justeru, diharapkan dengan dua peristiwa besar ini dapat membangkitkan semangat seluruh ahli pemuda PAS untuk terus menyokong dan membantu DPPK PJ bagi sesi ini agar dapat terus maju dan terkehadapan tanpa meninggalkan keaslian perjuangan yang ditinggalkan oleh Rasulullah SAW.

Siru ‘Ala Barakatillah, semoga pentadbiran sesi ini diberkati Allah.

23 Oktober 2021 | 16 Rabiul Awal 1443H

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor