Home Kenyataaan Media PAS Perak

Ucapan Khas Sempena Hari Guru 2017 : Jasa Guru Membentuk Generasi Bermutu

557 views
SHARE

Ucapan Khas Sempena Hari Guru 2017 
Pesuruhjaya PAS Perak Sempena Hari Guru

Jasa Guru Membentuk Generasi Bermutu


1-Peranan guru dalam mendidik anak bangsa adalah satu usaha mulia dengan perkembangan zaman teknologi yang semakin mencabar semestinya ia juga menjadi salah satu cabaran kepada warga pendidik.

2-Jasa pengorbanan guru telah melahirkan anak bengsa yang berkualiti untuk berbakti kepada negara sendiri dengan pelbagai bidang dan posisi.

3-Segalanya bermula dengan hasil didikan seorang guru daripada tidak mengenal huruf dan membaca sehingga mampu menyampaikan ucapan yang bertenaga serta penampilan berpengaruh. Ini kerana hasil usaha berterusan dari insan bergelar guru.

4-Tanggal 16 Mei setiap tahun memberikan penghormatan kepada guru kerana susah payah serta jatuh bangun mereka mendidik anak-anak bangsa tiada siapa merasai bahkan kini semakin terhakis nilai peradaban bersama guru.

5-Tenaga pendidik yang berkhidmat di kawasan pendalaman gigih menongkah arus sungai dan lautan demi melunaskan tanggungjawab memberikan sebaiknya pendidikan untuk anak bangsa.

6-Tema yang diangkat pada tahun ini ” Guru Pembina Negara Bangsa” bertepatan dengan peranan guru yang menjadi aset utama pembangunan sebuah negara.

7-Guru perlu tampilkan Qudwah Hasanah agar menjadi ikutan sekaligus mengaplikasi akhlak terbaik sama ada dalam sekolah ataupun bersama masyarakat

8-PAS Perak mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik Negeri Perak yang terus komited mendidik anak bangsa dengan pengetahuan serta ilmu bermanfaat.

Haji Razman Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak

15 Mei 2017M bersamaan 19 Syaaban 1438H

{jathumbnail off}