Home Rencana PAS Wilayah

Ucapan Aidiladha 1442/2021: PAS Bukit Bintang

39
SHARE

فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ ٱلسَّعۡيَ قَالَ يَٰبُنَيَّ إِنِّيٓ أَرَىٰ فِي ٱلۡمَنَامِ أَنِّيٓ أَذۡبَحُكَ فَٱنظُرۡ مَاذَا تَرَىٰۚ قَالَ يَٰٓأَبَتِ ٱفۡعَلۡ مَا تُؤۡمَرُۖ سَتَجِدُنِيٓ إِن شَآءَ ٱللَّهُ مِنَ ٱلصَّٰبِرِينَ

Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: “Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?”. Anaknya menjawab: “Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar”. (Surah As-Saaffat, Ayat 102)

Sambutan Hari Raya Aidiladha disambut bagi mengingati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s dalam membuktikan ketaatan mereka kepada perintah Allah SWT. Marilah kita mengambil pengajaran dari peristiwa ini dengan bermuhasabah akan ketaatan kita dalam menunaikan segala perintah Allah SWT dan meninggalkan laranganNya.

Marilah kita bersama-sama menyambut hari raya ini dengan patuh pada SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan agar diri kita dan keluarga terpelihara dari wabak COVID 19 yang masih menular ditambah pula dengan pelbagai varian yang telah ada di negara kita.

Akhir kalam saya berserta seluruh Ahli-Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Bukit Bintang serta seluruh saff kepimpinan disemua peringkat kawasan dan cawangan dengan tulus ikhlas mengucapkan

Selamat Hari Raya Aidiladha & Selamat Mengerjakan Ibadah Qurban kepada seluruh warga Malaysia khususnya di Kawasan Parlimen Bukit Bintang.

فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ ”
Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).
(Surah Al-Kautsar: Ayat 2)

تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ وَجَعَلْنَا مِنَ الْعَآئِدِينَ وَالْفَآئِزِينَ
Semoga Allah menerima amalan kita dan menjadikan kita kembali (dalam keadaan suci) dan termasuk orang-orang yang mendapat kemenangan.

اللهُ أَكْبَرُ, اللهُ أَكْبَرُ, اللهُ أَكْبَرُ, لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ, اللهُ أَكْبَرُ وَللهِ الْحَمْدُ

Yang benar,
Haji Mohd Azemi Azman Johari
YDP PAS KAWASAN BUKIT BINTANG
20 Julai 2021 l 10 Zulhijjah 1442H

#pasbukitbintang
#paswilayah
#islammemimpinperpaduan
#salamaidiladha