Home Berita PAS Terengganu

UC TATI Perkukuh Ekosistem Inovasi TVET, Selaras PITAS 2030

4
SHARE

KUALA TERENGGANU – Usaha Kolej Universiti TATI (UC TATI) memperkukuh peranan sebagai institusi pendidikan tinggi teknikal negeri Terengganu melalui lawatan akademik ke Jepun pada awal Oktober yang lalu disifatkan selari dengan Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS).

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan negeri, Dato’ Satiful Bahri Mamat berkata, kerana melalui pelan strategik negeri Terengganu itu antara perkara yang ditekankan adalah pembangunan modal insan berteraskan ilmu, teknologi dan nilai Islam.

“Apabila pelajar TVET (pendidikan dan latihan teknikal) berupaya mencipta dan berinovasi, ia bukan sahaja memperkukuh UC TATI, tetapi juga membuka peluang eknomi baharu untuk rakyat Terengganu,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lebih lanjut, beliau berkata apa yang bermakna delegasi Terengganu telah didedahkan dengan pengalaman Jepun dalam memupuk budaya ‘Science driven innovation’.

Dalam pada itu Satiful berkata, dalam kunjungan ke negara terbabit pihak UC TATI, Leave A Nest Japan dan Hadid Group yang telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU).

“Di mana ‘Leave A Nest’ akan menyediakan bimbingan dan akses kepada rangkaian inovasi Jepun, Hadid Group akan menyokong pembangunan industri dan komersialisasi produk pelajar.

“Manakala UC TATI, akan berfungsi sebagai hub pelaksanaan program yang mengabungkan TVET dengan keusahawanan teknologi,” katanya.