Home Berita PAS Terengganu

TW Bakti, Coara Solar tandatangani perjanjian bagi Projek Pembangunan Solar di Besul, Dungun

3
SHARE

KUALA TERENGGANU – Anak syarikat Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (LTAWNT), TW Bakti Sdn Bhd dan Coara Solar Sdn Bhd. menandatangani perjanjian bagi projek pembangunan solar berkapasiti 250MW di Besul, Dungun.

Perjanjian tersebut ditandatangani oleh Pengerusi Lembaga Pengarah TW Bakti Sdn Bhd, Dato’ Dr. Alias Razak dan Dato’ Dr. Din Adam serta wakil dari Coara Solar Sdn Bhd, Mr. Harald Hemming dan Mrs. Susan Enin Dickman dalam satu majlis yang diadakan di Duyong Marina & Resort, baru-baru ini.

Alias dalam satu kenyataan yang dikeluarkan LTAWNT memaklumkan ,nilai pelaburan untuk projek berkenaan dianggarkan sebanyak RM 650 juta.

“Projek ini dijangka akan dimulakan pada pertengahan tahun 2026 dan diharapkan dapat memberikan impak positif yang besar kepada kerajaan negeri, ekonomi, dan masyarakat setempat.

“Selain dapat mencipta peluang pekerjaan, mengurangkan kos tenaga, meningkatkan pelaburan, serta menyumbang kepada usaha perubahan iklim, pembangunan ini bukan sahaja memberi manfaat jangka panjang kepada Terengganu, tetapi juga kepada Malaysia secara keseluruhan,” ujarnya dalam kenyataan itu.

Tambah beliau, kerjasama ini merupakan langkah penting dalam memperkukuhkan sektor tenaga boleh diperbaharui di Malaysia dan mendukung komitmen negara dalam mencapai matlamat perubahan iklim global.