Home Artikel PAS Wilayah

Turun Padang PAS Wilayah Persekutuan Bugar Semangat Jentera Batu

323
SHARE

Turun Padang PAS Wilayah Persekutuan Bugar Semangat Jentera Batu

Oleh : Fathiah Abdul Malek

28 November 2019

TAMAN MELEWAR – Pertemuan antara pimpinan Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan (BPPWP) bersama ahli jawatan kuasa PAS kawasan Batu telah diadakan semalam di Bilik Mesyuarat Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhamad (KUIZM), Taman Melewar.

Berucap dalam pertemuan tersebut, Ustaz Azhar Yahya selaku Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan berpesan agar semua jentera pilihanraya berada dalam “mood” sedia dengan sebarang arahan terutamanya jentera pilihanraya PAS Batu namun dalam masa yang sama tidak mengabaikan aspek tarbiyyah di kalangan ahli dan menggandakan usaha dakwah terutamanya kepada rakan taawun Barisan Nasional.

Turut hadir bersama Tuan Arbiter Haji Kamisan Suja, Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Ustaz Abdul Hadi Abdul Halim, Setiausaha BPPWP, Tuan Izamuddin Ludin, Pengarah Pilihanraya Wilayah Persekutuan , Ustaz Dr (H) Haji Md Ali Jamil, Ketua Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan dan Tuan Mohammad Rashidi Abd Razak, Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan,

Pertemuan dimulakan dengan taujihat daripada Ustaz Dr (H) Haji Md Ali Jamil kemudian diikuti dengan sesi pembentangan laporan oleh setiausaha PAS Kawasan Batu, Tuan Hishamuddin Ghazalli.

Kesempatan yang ada dimanfaatkan lagi dengan sesi soal jawab bersama para pimpinan Harian BPPWP dan majlis berakhir dengan sesi fotografi pada jam 11.30 malam.