KUALA LUMPUR, 26 Julai – Ribuan anak muda dari empat negeri – Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah – mula berkumpul di perkarangan Sogo sejak awal pagi tadi sebagai tanda solidariti rakyat terhadap ketidakpuasan hati terhadap kepimpinan negara ketika ini.
Peserta yang berpakaian serba hitam dan membawa sepanduk bertulis “Turun Anwar” dilihat bersemangat menyertai himpunan aman sebelum dijadualkan berarak ke Dataran Merdeka sebagai simbol tuntutan perubahan rakyat.
Menurut Ketua Penerangan PAS Negeri Terengganu, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi, suasana di sekitar lokasi perhimpunan semakin meriah dengan penyertaan pelbagai lapisan masyarakat.
“Sekitar Sogo pagi ni dah makin meriah. Langkah penuh semangat, wajah penuh harapan. Suara rakyat makin kuat kedengaran,” ujarnya ringkas namun penuh makna.
Empat negeri dari Pantai Timur dan Utara itu dijangka menjadi nadi utama gelombang kebangkitan rakyat yang akan bergerak secara aman menuju ke Dataran Merdeka.