Home Rencana PAS Selangor

Tunggu hingga September 2021 – Setiausaha Badan Perhubungan PAS Selangor

144
SHARE

May be an image of ‎7 people, people standing and ‎text that says "‎September showdown Tan Sri Muhyiddin Yassin insists he has majority support and will testit n Parliament next month. However, Umno president Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi refutes the Prime Minister' S claim, adding that more Umno MPs will pull out support. See reports on pages 2, and 4 ش‎"‎‎

Nadi Selangor by Roslan SMS | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Oleh : Roslan Shahir Dato Mohd Shahir
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Selangor

Sebelum ini pelbagai tuduhan dan serangan dilemparkan terhadap kerajaan Persekutuan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Kerajaan gagal, derhaka dan terbaru apabila beberapa MP Umno diumumkan Presidennya telah tarik diri dari kerajaan, keabsahannya sebagai kerajaan pula dipertikaikan.

PM sudah tidak punya majoriti di dewan dakwa mereka lalu perlu letak jawatan.

Semalam PM mengadap YDP Agong dan isu ini dimuktamadkan oleh Raja berperlembagaan kita apabila Baginda menyatakan persetujuan bahawa keabsahan kerajaan ini diputuskan dalam sidang Parlimen awal September nanti.

Sehingga itu kata PM kerajaan berjalan dan beroperasi seperti biasa.Itulah penyelesaian paling harmoni dan tertib menurut peraturan.

Tiba-tiba kita dengar blok pembangkang khasnya PH yang didominasi DAP lantang berkokok mendesak agar sidang dewan itu diadakan segera seawal minggu hadapan tanpa perlu menunggu September.

Bukankah tarikh September itu diumum diperkenankan Baginda? Sebelum ini tuduh Muhyiddin derhaka sekarang siapa pula yang membentah perkenan Tuanku?

Cukup-cukuplah, tak sedarkah beratus kematian dicatat tiap hari angkara pandemik Covid 19 ini? Rakyat jelata terjejas kehidupan dan semua mahu keluar dari belenggu pandemik ini untuk hidup kembali normal.

Berilah tumpuan, kerjasama dan sokongan pada Pelan Pemulihan Negara yang bermatlamat mahu.memulihkan kehidupan kita semua. Hari ini rakyat sudah mual dan bosan dengan “over politiking” orang-orang politik terutama pihak pembangkang.

Sehingga September bersamalah kita berganding bahu bersungguh membantu kerajaan memerangi pandemik ini.

Simpanlah SD atau apa sahaja perkakas untuk cabar kerajaan ini dan merobohkan satu-satu kuasa politik Melayu Islam yang memegang teraju. Sehingga September nanti. Jangan cetuskan ketegangan dan tambah gundah gulana rakyat.

Bersama kita memutuskan rantaian Covid 19. Daulat Tuanku.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor