Oleh : Anna Tan
TAWAU : Kontinjen Bola Sepak PASTI Sabah ke Pesta Sukan PASTI Malaysia 2019 di Wisma MAFA, Melaka diberikan suntikan semangat apabila AJK PAS Pusat, Mohamad Husain , merangkap YDP PAS Tawau menyerahkan Bendera Negeri Sabah kepada wakil kontinjen, Cikgu Karim Dollah, Pengarah PASTI Negeri Sabah.
Penyerahan tersebut diadakan dalam sebuah majlis ringkas di Pejabat Pas Kawasan Tawau di bandar Fajar.
YDP Pas Kawasan Tawau, Mohamad Bin Husain menyuarakan harapannya agar para pelajar PASTI selaku tunas-tunas Islam mengamalkan budaya hidup sihat dengan melibatkan diri dengan aktif dalam bidang sukan.
” Pelajar-pelajar PASTI mesti digalakkan menceburi bidang sukan sesuai dengan minat dan kemampuan fizikal mereka.
” Oleh itu, guru-guru dan ibubapa perlulah memberi galakkan agar anak-anak di usia mereka tidak terlibat dengan perkara yang tidak berfaedah”.
Selain Pertandingan Bola Sepak yang diwakili PASTI Tawau. PASTI Sandakan turut menjadi wakil ke Pertandingan Bola Jaring.
Kontinjen PASTI Negeri Sabah telah diketuai oleh Ustaz Qahar Osman dan terdiri daripada 28 orang .
Termasuk 3 orang pegawai pengiring, 5 orang guru dan 20 orang pelajar.