Home Kenyataan Media PAS Selangor

Tumpu landaikan lekok Covid-19, bukan tukar kerajaan – Pesuruhjaya PAS Selangor

105
SHARE

May be an image of 2 people and text

Dari Jendela Pesuruhjaya PAS Selangor Dato Dr Ahmad Yunus Hairi | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

KENYATAAN MEDIA PAS SELANGOR

TUMPU LANDAIKAN LEKOK COVID-19, BUKAN TUKAR KERAJAAN

Oleh : YB DATO DR AHMAD YUNUS BIN HAIRI
Pesuruhjaya PAS Selangor

Menjunjung Kasih Majlis Raja-Raja.
Seluruh rakyat di dalam negara Malaysia yang kita cintai perlulah menumpukan secara serius usaha kerajaan untuk melandaikan lengkok jangkitan Covid-19 tidak terkecuali samada warganegara atau bukan, pemimpin atau rakyat.

Kita sudah masuk Fasa Kedua PKP 3.0, lanjutan 2 minggu lagi hingga 28 Jun ini. Saranan kerajaan supaya patuh kepada SOP PKP dan pengambilan vaksin jangan diambil mudah serta ahli politik jangan terlalu gila kuasa untuk menjatuhkan kerajaan. Tumpukan kepada usaha memerangi pandemik Covid-19, pengurusan ekonomi dan kewangan negara.

Kerajaan sudah mensasarkan darurat hingga Ogos ini dan persiapan untuk parlimen bersidang yang mungkin secara hibrid di sebabkan trend wabak Covid-19 sudah mula di rancang oleh kerajaan. Peruntukan kewangan untuk mengatasi wabak Covid-19 perlu d perbincangkan sebaik mungkin.

Setelah mendengar pandangan pimpinan parti, Majlis Raja-Raja telah bersidang dan telah membuat keputusan. Saya kira keputusan Majlis Raja-Raja ini sejajar dengan perancangan yang dilakukan oleh kerajaan.

Jangan nanti kalau semua rakyat dalam negara kita masih tidak mengambil sikap yang serius dalam pematuhan SOP dan pengambilan vaksin, kita akan terus gagal mengatasi jangkitan Covid-19. Adakah kita masih mahu lagi menyalahkan kerajaan.

Insya Allah usaha bersama menangani wabak Covid-19 akan kita capai bersama. Menukar kerajaan tidak menjamin kita akan berjaya membenteras wabak Covid-19.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor