Home Artikel PAS Wilayah

TUDM: Wira Negara di Langit Biru

891
SHARE

Pertahanan negara penting untuk dijaga dan dipelihara daripada setiap sudut, tak kira darat, laut dan udara.

TUDM antara yang sedia dikenali menjalankan amanah ini, menjaga keselamatan negara khususnya di ruang angkasa.

Pelbagai ancaman terhadap kedaulatan negara pada masa ini seperti kedatangan PATI melalui pelbagai cara semestinya memerlukan anggota TUDM untuk bersiap siaga dan mengenalpasti segala jenis cubaan masuk secara haram ke negara kita.

Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan (BPPWP) serta seluruh saff kepimpinan mengucapkan Selamat Hari TUDM ke-62 kepada seluruh warga TUDM.

Semoga mereka terus diberi kekuatan dan dipelihara Allah dalam melaksanakan tugas demi agama, bangsa dan negara.

“Berupaya Bersiaga, Kedaulatan Terjaga”

Islam Memimpin Perpaduan

USTAZ AZHAR YAHYA
Pesuruhjaya
Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan
1 Jun 2020 l 9 Syawal 1441H