Home Berita PAS Pahang

Tribut buat Ustaz Suhaimi : Kematian Yang Baik & Dicemburui

3283
SHARE

Hari ini agak suram buat kami warga Maahad Tahfiz Al Istiqamah. Perginya Pengerusi JIBG MTIS. Komitmen beliau untuk bantu kepada pembangunan dan pendidikan di Maahad Tahfiz Al Istiqamah tidak dapat dinafikan lagi. Bermula ketika beliau menghantar anaknya untuk menghafaz Al Quran dan berikan kepercayaan kepada kami pada awal penubuhan MTIS pada 2016.

Sering memberi taujihat buat kami setiap kali program program yang dianjurkan oleh MTIS.

Perginya pada pagi Jumaat yang barokah. Alim ulamak dari seluruh Pahang datang untuk solat jenazah buatnya. Penuh masjid, dtg untuk mendoakan Al Fadil ustaz Suhaimi Bin Hassan.

Solat Jenazah telah diimamkan oleh Al Fadil Dato Sri Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man.

Hidupnya penuh dgn berbakti kepada agama. Kuliah di sekitar Kuantan, terlibat dgn Pemuda PAS, Jabatan Amal Malaysia Negeri Pahang, juga ajk dan aktivis Yayasan Amal Malaysia Negeri Pahang.

“Ustaz Suhaimi yang saya kenali semenjak dari kecil ketika saya di peringkat sekolah menengah. Ketika itu di mana ada program PAS adalah susuknya bersama para pemuda ketika itu khususnya bertugas memakai baju amal. 5 tahun kebelakangan ini dia selalu menjemput saya berceramah di pejabatnya HLDN Pahang. Kemudian dia dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Ibubapa dan Guru-Guru (JIBG) Maahad Tahfiz Al Istiqamah. Saya pengerusi lembaga penasihat maahad. Tiada yang kami tahu darinya sepanjang pengenalan melainkan kebaikan, kesolehan, dan keaktifannya dalam kerja amal samada melalui Jabatan Amal atau Yayasan Amal. Semoga al-marhum dirahmati Allah dan dikurniakan maghfirah. Ameen.” Copy dari FB Ustaz Hazmi Dibok.

Kami menyaksikan kebaikan yang ada padanya, sumbangannya, kebaikannya. Tenanglah wahai ustaz di sana. Semoga Allah merahmati amal bakti atas dunia ini.