Home Artikel PAS Selangor

Tregedi 19 September, sekeluarga tinggal Sehelai Sepinggang

482
SHARE

BANGI – Musibah yang menimpa satu keluarga 6 beranak di Rumah Pangsa Minang Ria sangat meruntun hati.

Kejadian kebakaran yang menimpa keluarga ini telah melumpuhkan sumber pendapatan keluarga.

En Nazir, ayah kepada 4 orang anak yang kesemuanya masih bersekolah merupakan seorang peniaga gerai makanan di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras.

Musibah kebakaran yang menimpa keluarga beliau telah memusnahkan kesemua peralatan perniagaan dan barang-barang persekolahan anaknya.

“Saya sangat terkejut dan sedih dengan kejadian ini. Ia telah menyebabkan saya kehilangan semua peralatan perniagaan dan barang persekolahan anak kami”. Ujar lelaki berusia 40an ini.

Sehubungan itu, pihak PAS Serdang yang terdiri daripada Ketua Muslimat PAS Serdang, Puan Hamsatul Hamzah bersama Ketua Ameerah Serdang, Wakil Lajnah Kebajikan PAS Serdang dan Ketua Muslimat PAS Cawangan Bandar Tun Hussein Onn telah hadir memberikan sedikit sumbagan.

Sesi ziarah berkenaan sedikit sebanyak dapat mengubat kesedihan keluarga ini dan meringankan beban yang ditanggung.

Orang ramai juga dialukan untuk membantu mereka. Sumbangan boleh diberikan kepada mangsa kebakaran, En Nazir Hashim melalui akaun Maybank 112222236880 dan beliau juga boleh dihubungi di talian 017-7284719.