ALOR STAR- Transformasi digital dalam memberi kemudahan rujukan maklumat kepada para Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) diterjemahkan melalui pembangunan sistem dimana ianya mampu menyediakan maklumat berkaitan institusi legislatif secara lebih efektif, efisien dan Interaktif.
Yang Dipertua DUN Terengganu, Dato’ Haji Yahaya Ali berkata, aplikasi seperti Perpustakaan Digital Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu membantu dalam skop peranan mereka sebagai ahli badan legislatif dapat maklumat dengan cepat dan tepat.
“Rombongan Pejabat DUN Terengganu membuat kunjungan ke Dewan Undangan Negeri Kedah, bukan sahaja untuk bertukar idea atau pandangan secara amnya namun secara spesifiknya turut mahu mendapatkan input melalui kunjungan ke Perpustakaan Digital Kedah bagi diadapatasi kepada sistem pembangunan sistem Perpustakaan Digital DUN Terengganu.
“Kita dalam proses membangunkan Digital Library di peringkat DUN. Jadi oleh kerana kita baru diperingkat permulaan jadi kita nak ambil pengalaman apa di negeri Kedah yang sudah ada satu ‘Digital Library,” jelasnya.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan kerja ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah Darul Aman pada semalam.
Selain itu, katanya, apa yang penting dalam lawatan ini adalah bertukar pengalaman dari segi bagaimana sebuah badan legislatif melaksanakan peranan yang lebih baik dari semasa ke semasa.
“Kita saling melengkapi apa yang baik ada di negeri kedah dan negeri lain yang kita lawati ada di Negeri Terengganu diambil pengalaman negeri lain.
“Kita juga ada menimba pengalaman baru yang ada di negeri Kedah sebagai contoh umpamanya kita didedahkan tadi berkait dengan penulisan hand-sign menggunakan suara yang secara automatik diterjemahkan secara tulisan,” ujarnya lagi.
Justeru itu, selain dari mahu membina hubungan baik dengan Yang Berhormat Speaker dari negeri lain, beliau juga berhasrat menguruskan peranan badan legislatif dengan lebih berkesan dengan saling bekerjasama lengkap melengkapi maklumat dan pembaharuan diantara satu sama lain.