Home Berita PAS Pulau Pinang

Tragedi Tanah Runtuh di Tg Bungah : Jabatan Amal Diarah Siap Siaga Bantu Operasi Menyelamat dan Solat Hajat

1462
SHARE

Merujuk kepada tragedi tanah runtuh tapak pembinaan projek pembangunan di Tanjung Bungah yang berlaku hari ini, dengan ini diarahkan kepada seluruh anggota Jabatan Amal Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang serta sukarelawan AMAL untuk berada dalam kondisi siap siaga membantu operasi menyelamat setakat keupayaan dan kemampuan yang ada.

Kerahan untuk membantu operasi menyelamat ini adalah selaras dengan kehendak Islam yang menuntut umatnya membantu sesiapa sahaja yang ditimpa musibah dan kesusahan termasuk warga negara asing. Difahamkan operasi mencari dan menyelamat telah ditangguhkan hari ini dan akan disambung semula esok.

Sehubungan itu, semua pemuda dan ahli PAS di Pulau Pinang disyorkan untuk mengadakan solat hajat memohon kepada Allah agar dipermudahkan operasi mencari dan menyelamat.

Selain itu, pihak berkuasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga perlu menjalankan siasatan terperinci terhadap misteri tragedi tanah runtuh yang berlaku ketika cuaca kering.

Semoga keluarga mangsa diberi ketabahan untuk berhadapan dengan situasi genting ketika ini.

Afnan Hamimi Dato’ Taib Azamudden
Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang