وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ أَنْ يَقْتُلَ مُؤْمِنًا إِلاَّ خَطَأً ۚ وَمَنْ قَتَلَ مُؤْمِنًا خَطَأً فَتَحْرِيرُ رَقَبَةٍ مُؤْمِنَةٍ وَدِيَةٌ مُسَلَّمَةٌ إِلَىٰ أَهْلِهِ إِلاَّ أَنْ يَصَّدَّقُوا
Surah An Nisa : 92
Ertinya:
“Tidaklah bagi seorang mukmin membunuh mukmin lain kecuali karena kesalahan dan barang siapa membunuh seorang mukmin karena kesalahan, maka (hendaklah ia membebaskan) seorang budak mukmin dan membayar diyat yang diberikan kepada keluarganya, kecuali jika mereka memaafkan.
Ayat Al Quran di atas menjadi dasar yang kukuh betapa membunuh manusia adalah salah satu kesalahan berat. Ini jelas dipaparkan dengan ganti rugi atau timbal balik yang setimpal hukumannya. Pembunuhan bukan sekadar berlaku zaman mutakhir ini. Bahkan pernah berlaku zaman sebelumnya termasuklah zaman Rasullah SAW.
Ada sahabat yang terpalit dengan kes pembunuhan dan menerima hukuman seadilnya daripada pengadilan Rasulullah SAW walaupun dia melakukan tanpa sengaja kerana silap faham (qatl al-khata’, pembunuhan tanpa sengaja)
Isu pembunuhan berlaku dan cara pemerintah menghadapi adalah dua perkara besar yang wajar diperhalusi kerana keduanya mempunyai perbahasan dan khazanah hukum yang mampu menyedarkan umat bagaimana acuan islam mengurus dengan kolektif dan saksama sama ada melibatkan pelaku ataupun pewaris mangsa terlibat.
Antara kisah pembunuhan boleh diambil iktibar berlalu pada zaman Saidina Umar Al Khattab RA :
النص العربي (ما تيسر) :
«… أقرَّ بأنّه قتل الخطأ برمحٍ كان يمزح به، فارتطم به فمات. فأمر عمر رضي الله عنه بأن تُدفع الدية على القاتل وعائلته، ولم يأمر بالقصاص، لأن القتل لم يكن عمدًا…»
Maksudnya :
“Ia mengakui bahwa pembunuhan itu terjadi tanpa sengaja ketika sedang bergurau dengan lembing, lalu terkena dan menyebabkan kematian. Umar RA kemudian memerintahkan agar diyat dibayar oleh keluarga si pembunuh (aqilah), tanpa menjatuhkan hukuman qisas karena tidak ada unsur kesengajaan…”
Kes pembunuhan di atas melibatkan oleh dua orang Badwi terhadap anak kepada bapa saudara mereka. Sejurus pembunuhan ini berlaku waris mangsa datang merujuk dan mengadu kepada Saidina Umar RA dan penyiasatan kes pun berlaku.
“Wahai Amirul Mukminin, lelaki dua orang ini telah membunuh anak paman kami.
Saidina Umar bertanya kepada lelaki yang dituduh (pelaku)
“Mengapa engkau bunuh dia?”
Dia menjawab: “Kami sedang bergurau dengan lembing, lalu lembingku terkena dirinya dan dia mati”
Setelah mengambil masa beberapa waktu penyiasatan yang telus dan teliti. Tindakan kepimpinan Saidina Umar dapat kita lihat dengan beberapa keadaan yang sangat penting berbentuk solusi :
1. Saidina Umar RA meneliti keterangan saksi dan pengakuan tertuduh.
2. Oleh kerana pembunuhan berlaku tanpa niat (qatl khata’), maka Saidna Umar memutuskan hukuman Diyat. Diyat adalah sejenis (bayaran ganti rugi nyawa) yang wajib dibayar oleh ‘aqilah (keluarga pembunuh lelaki itu). Saidina Umar tidak memutuskan qisas (bunuh balas bunuh) kerana pembunuhan tidak disengajakan.
3. Saidina Umar juga memastikan keluarga mangsa menerima hak diyat mereka mengikut hukum syariat.
Begitulah cara pemerintahan Islam zaman silam menguruskan kes pembunuhan hingga tertegak keadilan dan seterusnya memadamkan gelombangan fitnah atau keresahan dalam kalangan umat.
Abu Maryam Safiyah
Ketua Penerangan DPPK Tawau
4 0gos 2025 / Sabah
Rujukan kitab : Al Diyat (riwayat Imam Al- Bukhari)