Laman Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Selangor Us Shafie Ngah | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
Oleh : Abu Aslah Al-Qudsi
Bangi | Semenjak Kerajaan Malaysia ditadbir oleh Perikatan Nasional dan PAS sebahagian daripada Kerajaan, Kementerian yang diurustadbir oleh Menteri daripada PAS menunjukkan pencapaian yang membanggakan. Antaranya Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi yang dipegang oleh YB Dato Dr Khairudin Aman Razali.
Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Selangor Us Shafie Ngah menzahirkan rasa sukacita atas pencapaian tersebut. Industri Sawit semakin baik dalam negara bilamana dicatatkan bahawa eksport minyak sawit meningkat kepada RM17.12 bilion pada suku pertama tahun ini.
“Sekalipun Bangi pada hari ini tidak berkait langsung dengan industri sawit tanah air, namun Bangi berbangga dengan pencapaian industri ini pada masa kini”, jelas beliau dengan penuh rasa bangga.
“Setinggi-tinggi tahniah kepada Menteri serta warga Kementeriannya, juga kepada agensi-agensi di bawah kementerian ini. Selamat bertugas untuk semua. Semoga Allah rahmati dan berkati kalian”.
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor