Home Artikel PAS Wilayah

Tolong Jaga Semua Bangsa Jika Menang

357
SHARE

BATU, 4 Mei – Dalam kesibukan memenuhi jadual berkempen, Ustaz Azhar bin Yahya, calon PAS bagi Parlimen Batu masih diberi kesempatan untuk beramah mesra dengan penduduk sekitar PPR Batu 5. Beliau yang mengunjungi pasar tani di kawasan tersebut sempat bersarapan dan bertemu mata dengan para pengunjung.

Kira – kira 100 orang yang hadir ke tapak pasar tani tersebut mengambil peluang untuk bersalaman dan berbual dengan Ustaz Azhar.

Terdapat pengundi dari bangsa India menyatakan hasratnya kepada ustaz. Beliau berkata, ” I will vote for you. Saya berharap Ustaz dapat menjaga semua kaum dan bangsa jika menang nanti.”

Ustaz Azhar yang baru sahaja melancarkan buku terbarunya yang berjudul “100 Persoalan Puasa” turut mendapat pujian dari pengunjung atas penghasilan buku tersebut.