Home Berita PAS Sabah

Tokoh murid terbaik PASTI Kinabatangan seru jangan tinggal solat dan sabar

154
SHARE

Oleh: Fatiha Mohammad
13 Februari 2023

KINABATANGAN: Solat adalah kewajipan kepada setiap muslim yang perlu diamalkan dalam kehidupan kita sebanyak lima kali sehari.

Penerima Anugerah Tokoh Murid PASTI Terbaik, Nur Amani Humaira Sobri berpesan demikian dalam ucapannya selepas menerima anugerah tersebut dalam Majlis Anugerah Prestasi di Dewan Lantana Sekolah Kebangsaan Bukit Garam 2, semalam.

“Ingat lah pesan Ustazah Nurmah kepada kita semua agar jangan tinggalkan solat ya kawan-kawan, nanti Allah marah.

“Terima Kasih ustazah kerana sudi ajar saya dan kawan-kawan dengan sabar, ustazah juga kata kalau marah atau sedih, cakap lah pada diri untuk sabar.

“Tidak dilupakan, terima kasih juga kepada umi abi, tanpa umi abi saya tidak berada di sini,” katanya lagi di akhir ucapannya.

Beliau yang merupakan anak pertama telah memulakan pembelajaran di PASTI ketika usia 5 tahun dan mendapat 5 anugerah celik iaitu celik Al-quran, bahasa, minda, sahsiah dan cerdas.