Home Berita PAS Terengganu

Tok Wook dapat tapak niaga kuih baharu

13
SHARE

Oleh:Adli Mohamad

MARANG, 19 Julai – Seorang peniaga kuih tradisional Mak Cik Wook atau lebih dikenali sebagai Mak Ngah, 82, yang tular di media sosial mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung, Mohd Nor Hamzah.

Warga emas itu yang pada awalnya membuka gerai perniagaan itu hanya ‘suka-suka’ bagi mengisi masa lapang tidak menyangka ia mendapat perhatian orang ramai apabila mula tular di halaman Amazing Terengganu.

Perkara itu secara tidak langsung telah mengundang kedatangan orang ramai ke gerainya di Belukar Jambu.

Mohd Nor turut tidak ketinggalan apabila hadir menemui dan membawa khabar gembira untuknya semalam.

“Saya melalui Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) setempat telah memaklumkan kepadanya, insya-Allah kita akan bina tapak yang lebih selesa untuk beliau berniaga,” ujar Mohd Nor.

“Biasanya dalam pukul 5 petang atau lebih akan dibuka perniagaan hadapan rumah, kuih itu semua sedap-sedap,” ujar Amazing Terengganu.