KUALA TERENGGANU – Presiden PAS Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang kini dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Anaknya YB Dr Muhammad Khalil memberitahu Bernama bahawa bapanya sedang dalam pemerhatian dan dijangka dibenarkan keluar dari hospital tidak lama lagi.
“Dia stabil dan dalam pemerhatian. Selepas perbincangan, mereka menasihatkan supaya dia tidak menerima sebarang pelawat pada ketika ini. Dia akan dibenarkan keluar tidak lama lagi,” kata Muhammad Khalil.
Abdul Hadi, 76, menerima rawatan di hospital itu sejak 1 Jan.