Home Berita PAS Perak

Tingkat kesedaran kebaikan nanas untuk kesihatan | YB Razman Zakaria

18
SHARE
Program sumbangan nenas oleh YB Tuan Haji Razman Zakaria, Exco Perladangan Pertanian dan Industri Makanan Perak kepada frontliners di PPV dan SJR sekitar daerah Kerian.
Program Promosi Kempen Nanas adalah melalui peruntukan Program PRE Prihatin 2021 dibawah MAFI PRIHATIN sebanyak RM 20,000.00
Program ini merupakan projek sokongan untuk industri nanas diseluruh Malaysia, bagi membantu pengusaha- pengusaha yang terjejas ekoran pandemic covid-19 dalam memasarkan hasil tanaman mereka.
Selain itu,ia bertujuan untuk melonjakkan permintaan terhadap produk nanas terutama buah segar dan produk hiliran. Justeru itu,secara tidak langsung aktiviti – aktiviti jualan juga akan turut meningkat.
Program Promosi Kempen Nanas ini dapat memperkenalkan buah nanas sebagai diet harian kepada rakyat serta meningkatkan kesedaran tentang kebaikan dan kelebihan buah nanas untuk kesihatan.
Pelaksanaan Program MAFI Prihatin dan Promosi Kempen Nanas adalah melalui pemberian nanas segar MD2 dan Moris secara percuma kepada petugas barisan hadapan di seluruh negeri Perak bagi menghargai jasa dan pengorbanan mereka menangani pandemik Covid 19 dan jumlah yang menerima manfaat adalah 5000 orang.
Alhamdulillah terima kasih atas jemputan oleh Lembaga Perindustrian Nenas Malaysia Negeri Perak dan kepada semua yang terlibat sama dalam program hari ini.
Siiru Ala Barakatillah
28 September 2021 | 21 Safar 1443H