BESUT – Tindakan Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming yang menganjurkan perayaan Hari Krismas di kementerian itu sangat memudaratkan akidah umat Islam.
Mengulas lanjut, Yang Dipertua PAS Besut, Dr Riduan Mohd Nor berkata perbuatan menganjurkan sambutan hari kebesaran agama lain telah melanggar garis panduan Majlis Fatwa Kebangsaan 2005 berhubung penglibatan orang Islam dalam acara merayakan hari kebesaran agama lain.
“kita bimbang jika perkara ini dibiarkan dan tidak dibantah, akan tersebarnya ajaran prulalisme agama yang berfahaman semua agama adalah benar, sedangkan hanya Islam agamaa yang benar dan diredhai Allah S.W.T,” ujarnya.
Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu berkata demikian ketika ditemui selepas bersama-sama Dewan Pemuda PAS kawasan itu bertindak membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis daerah itu di sini pada 31 Disember.
Manakala itu, ketuanya, Hakim Zulfikri Awang pula menyelar tindakan menteri itu yang membuat tohmahan jahat dan liar bahawa PAS membawa ajaran sesat adalah melampau.
“Dengan mencampuri bidang kuasa Majlis Fatwa Kebangsaan dan pihak berautoriti yang lain yang berhak menentukan status setiap kumpulan atau pertubuhan samaada sesat ataupun tidak,
” Kami berharap Polis Diraja Malaysia mengambil tindakan sewajarnya kepada Nga Kor Ming diatas tindakannya menganjurkan perayaaan agama lain di kementeriannya dan tohmahan jahat kepada PAS.” tegasnya.