Isu sosial yang berlaku zaman ini adalah sesuatu yang sangat membimbangkan. Apatah lagi ia berlaku kepada anak muda yang bakal memimpin generasi mendatang. Antara faktor yang menyumbang gejala sosial hari ini aplikasi media sosial seperti wechat, tiktok, bigo, facebook, whatsapp dan sebagainya.
Faktor ini menjadi anak tangga kepada gejala yang tidak bermaruah, mendorong mereka kepada pergaulan bebas, pornografi dan perzinaan.
Baru-baru ini pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menubuhkan sebuah unit baru yang dikenali sebagai Malaysian Internet Crime Against Children Investigation Unit (MICAC) untuk memantau rakyat Malaysia yang melayari laman web pornografi terutamanya laman web pronografi kanak-kanak. Ia adalah satu langkah baik daripada pihak kerajaan mencegah permasalahan sosial.
Dalam menangani permasalahan ini setiap pihak perlu memainkan peranan terutamanya institusi keluarga. Institusi keluarga bermula dengan ibu dan bapa.
Satu hadis menyebut:
كُلُّ مَوْلُوْدٍ يُوْلَدُ عَلَى الْفِطْرَةِ، فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ أَوْ يُمَجِّسَانِهِ أَوْ يُنَصِّرَانِهِ
“Setiap anak yang lahir dilahirkan di atas fitrah, maka kedua orang tuanya lah yang menjadikannya Yahudi, Majusi, atau Nasrani.”
Hadis riwayat al Baihaqi dan at Tobrani.
Secaranya konklusinya, permasalahan masyarakat yang berlaku hari ini bermula dengan institusi keluarga, institusi keluarga bermula daripada individu. Perbaikilah diri sendiri di samping membaiki persekitaran. Usah menuding jari mencari punca yang tidak pasti.
[Ditulis Oleh Sdr Syaqiq Shafie, Pengerusi Jabatan Mahasiswa & Remaja Pemuda PAS Batu]
®Diterbitkan Oleh Penerangan Pemuda PAS Batu✓
LIKE FB:
Pemudabatu.com