Home Berita PAS Terengganu

Tiga tahun berlalau, LPT3 masih tak bergerak

120
SHARE

KUALA TERENGGANU – Projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 3 (LPT3) yang akan menyambungkan Kampung Gemuruh, Kuala Terengganu ke Kota Bharu dan Tumpat, sebelum sempadan Malaysia-Thailand, sehingga kini belum menunjukkan perkembangan signifikan.

Yang Dipertua PAS Setiu, Ustaz Shaharizukirnain Abd Kadir, mempersoalkan komitmen kerajaan persekutuan dalam melaksanakan pembangunan infrastruktur di Pantai Timur, yang sering dianggap terpinggir berbanding Pantai Barat.

“Daerah Setiu paling terkesan dengan ketiadaan lebuhraya, kesesakan sering berlaku terutama ketika musim perayaan tiba, melibatkan laluan utama dan laluan alternatif iaitu jalan pantai.
“Mengapa projek sebesar LPT-3 ini seolah-olah dibiarkan terbengkalai tanpa perkembangan terkini?” soal beliau.

Beliau yang juga Ahli Parimen Setiu, berkata demikian ketia dihubuingi, mengulas soalan yang dekemukakannya pada sesi sidang parlimen minggu lalu.

Menurutnya, meskipun kerja awalan projek ini dimulakan sejak 2001, telah tiga tahun telah berlalu, namun tiada sebarang kemajuan yang jelas boleh dilihat.

Katanya, ia sekali gus menimbulkan keraguan tentang kesungguhan kerajaan dalam menyeimbangkan pembangunan antara Pantai Timur dan Barat.

Beliau turut mempersoalkan dasar kerajaan yang dilihat sering memfokuskan projek infrastruktur ke Pantai Barat.

“Adakah kerajaan sedar bahawa rakyat di Pantai Timur juga layak menikmati infrastruktur yang sama seperti di Barat?” tambahnya.

Shaharizukirnain menegaskan bahawa pembangunan yang seimbang antara kedua-dua wilayah ini penting untuk membuka peluang ekonomi serta meningkatkan taraf hidup rakyat Pantai Timur.

“Kita tidak minta layanan istimewa, kita cuma mahu keadilan dalam pembangunan,” katanya lagi, menyeru agar kerajaan segera bertindak menyelesaikan projek LPT-3 yang dinanti-nantikan penduduk Pantai Timur.